Your Ad Here

Minggu, 04 Juli 2010

Trica jus beracun, "China Press"


Ini berita TRICA jus beracun, mengandung Sidenafil & perangsang, news dari "China Press"


Trica jus beracun ditangkap

Ini news heboh dari Malaysia: (bisa dilihat berita aslinya di news malaysia)
Malaysia 1 Juli 2010

KAJANG: Enam kilang yang memproses pelbagai jenis produk seks besar-besaran milik satu sindiket akhirnya berjaya dijejaki sebelum diserbu lebih 110 kakitangan serta pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pagi semalam.
Sindiket terbabit dikesan menghasilkan pelbagai jenis produk makanan dan pil rangsangan seks haram, dengan berselindung di sebalik ubatan tradisional berputih mata apabila ratusan ribu kotak produk dan pil tenaga batin bernilai hampir RM5.5 juta dirampas dalam serbuan serentak di beberapa premis di sekitar Lembah Klang, di sini.
Serbuan terancang jam 11.30 pagi semalam, dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM itu mematahkan cubaan memasarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks yang diedarkan melalui kaedah jualan langsung beberapa syarikat terkemuka tanah air.
Pengarah Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, serbuan terbabit dilakukan selepas pegawainya melakukan intipan dan risikan hampir sebulan terhadap sindiket berkenaan yang dianggap amat licik serta sukar untuk dibongkar kegiatannya.
Menurutnya, selepas yakin dengan lokasi disasarkan, 110 pegawai dan kakitangan farmasi melakukan serbuan serentak di lokasi berbeza antaranya di Kajang, Balakong, Kuchai Lama, Sentul, Cheras dan Klang, Selangor.
“Sindiket terbabit dikenal pasti memproses, membungkus dan membekalkan pelbagai jenama produk rangsangan seks kepada syarikat jualan langsung dengan menggunakan pelbagai kaedah penyamaran.
“Antara taktik sindiket mereka akan memproses bahan kimia terlarang sildenafil nitrat dicampur ke dalam serbuk kopi, serbuk jus buah-buahan, makanan kesihatan dan pil penambah tenaga,” katanya.
Menurutnya, bahagian Penguat kuasa Farmasi yang turut dibantu anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, menyerbu enam kilang, empat stor, tujuh syarikat pengedar dan dua rumah yang dipercayai ada kaitan.
“Ketika serbuan di kilang pertama di Kawasan Perindustrian Tanming Jaya, di sini, lebih 20 pekerja sibuk memproses pelbagai jenis produk seks di dalam premis dua tingkat berkenaan yang tidak mempunyai sebarang papan tanda.
“Bagaimanapun, pegawai farmasi terpaksa memotong kunci pintu masuk belakang sebelum menemui ratusan ribu kotak produk rangsangan seks haram,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, enam kilang yang diserbu serentak di Balakong itu menjadi pusat pemerosesan besar-besaran membabitkan nilai jutaan ringgit setiap bulan.
“Pemeriksaan turut mendapati pengilang menggunakan taktik terbaru dengan mencampurkan serbuk rangsangan seks haram ke dalam minuman kesihatan yang didakwa boleh meningkatkan tenaga,” katanya.
“Pihak farmasi terpaksa merampas semua produk dan mesin digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk rangsangan seks haram terbabit yang dianggarkan bernilai hampir RM3 juta,” katanya Menurutnya, paling menakutkan pengguna yang mengambil produk makanan yang dicampur sebatian sildenafil menghadapi risiko maut.
“Ia amat berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan. Produk mengandungi kimia itu sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh menjadi terlalu rendah.
“Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan buta,” katanya.
“Produk itu diedarkan ke seluruh negara termasuk turut dieksport ke Indonesia berdasarkan invois ditemui dalam syarikat milik seorang kenamaan itu.
Menurutnya, penjual atau pengedar produk seperti itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.